S. Selvaraju, yang menyarung jersi kelab hoki Itali, Pistoia, mencadangkan agar Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memberikan pelepasan kepada pemain kebangsaan yang mendapat tawaran untuk beraksi di luar negara menjelang perlawanan 'play-off' kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, November depan.
Selvaraju dan bekas pemain tengah skuad Projek 2016, Abdul Khaliq Hamirin, sedang beraksi dalam liga di Itali.
Walaupun saingan itu tidak sehebat seperti di negara gergasi Eropah seperti liga di Belgium, Belanda atau Jerman, namun realitinya, Itali menewaskan Malaysia dalam Kejohanan Pusingan Akhir Siri hoki FIH, dua minggu lalu.
Ia petanda bahawa pemain negara patut beraksi di luar negara bagi meningkatkan corak permainan menjelang enam bulan terakhir sebelum aksi 'play-off'.
"Saya harap akan lebih ramai pemain Malaysia mendapat peluang untuk bermain di luar negara.
"Liga di Malaysia hanya berjalan selama dua bulan sahaja, berbanding liga di sini (Itali) yang konsisten dijalankan selama sembilan bulan.
"Ia akan meningkatkan prestasi pemain.
"Pemain Malaysia sangat berbakat, jadi saya harap KHM akan melakukan sesuatu untuk menghantar lebih ramai pemain ke luar negara.," katanya.
Selain Selvaraju dan Khaliq, penyerang Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Hafiz Zainol, pula mendapat tawaran beraksi dalam liga di Australia.
"Walaupun berpuasa selama 17 jam, Alhamdulillah, saya masih mampu melengkapkannya sehingga hari keenam.
"Awal Jun ini, saya akan balik ke Malaysia," tambah Abdul Khaliq.
Skuad negara akan menyambung kembali kem latihan kebangsaan bermula 20 Mei ini sebelum memulakan jelajah Eropah.