Skip to main content

Sukan Lain

Selepas bola sepak, giliran Akuatik Malaysia buru atlet warisan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mas.jpg
Pendekatan warisan atau naturalisasi terus menjadi mekanisme penting bagi mengangkat martabat sukan negara di pentas antarabangsa. 

Ia juga disambut baik oleh beberapa sukan yang mula memperkenalkan kaedah tersebut. 

Bola sepak menerusi penstrukturan Harimau Malaya mula memberi kesan positif apabila gabungan pemain tempatan dan warisan terkini meningkatkan prestasi skuad negara dalam Kelayakan Piala Asia 2026, baru-baru ini.

Terbaharu, giliran Akuatik Malaysia (MAS) pula memperhalus skuad kebangsaan dengan mengenal pasti atlet warisan yang mempunyai darah keluarga Malaysia seluruh dunia.

Seperti Singapura, badan induk itu sedang merekrut potensi besar di luar negara bagi menyumbang kepada pembangunan program renang negara.

"Ya, sudah tentu. Sejak beberapa tahun lalu, kami menerima maklum balas positif daripada beberapa rakyat Malaysia di luar negara yang menunjukkan minat.




"Mereka perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan dan juga bersaing dengan perenang tempatan dari segi ranking," kata Timbalan Presiden MAS, Marilyn Chua. 

Dalam masa sama, Majlis Sukan Negara (MSN), juga menyambut baik usaha yang dilakukan MAS yang ingin memperkuat pasukan kebangsaan.

Jelas Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin, pihaknya sedia membantu mana-mana atlet warisan yang memiliki kemampuan untuk memberikan sumbangan kepada sukan negara, namun perlulah menepati kriteria serta syarat yang ditetapkan oleh MSN.

"Kami rasa ia adalah langkah yang baik, kerana kebanyakan negara telah mula mencari atlet warisan di negara lain.

"Filipina sudah memulakan program tersebut pada 2019 semasa menjadi tuan rumah Sukan SEA.

"Kami harap lebih ramai atlet yang mempunyai pertalian darah dengan Malaysia pulang dan mewakili negara dalam temasya-temasya utama.

"Sebelum ini, ada atlet yang sudah berkelana, bermastautin atau berpusat di luar negara. Mereka layak diberi bantuan sekiranya mereka dalam Program Podium," katanya di Nadi Weekend.

Advertisement

Must Watch Video