Skip to main content

E-Sukan

Selangor Red Giants berangkat ke Riyadh!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

srg-og.jpg
Juara Mid Season Cup 2024, Selangor Red Giants yang berangkat ke Riyadh, Arab Saudi dengan misi tunggal iaitu mengekalkan dominasi dan kuasa besar di puncak e-sukan dunia.

Sebagai pasukan yang paling konsisten di saingan MPL Malaysia, SRG.OG dijamin turun sebagai musuh utama kepada pencabar lain, menerusi kejayaan menamatkan kemarau tujuh tahun musim lalu, yang sekaligus mengubah status mereka daripada pencabar kepada kuasa besar yang digeruni.

Dengan pengenalan kemaskini permainan MLBB terkini yang memberi impak langsung kepada mekanik hero dan tempo permainan, SRG.OG mengakui ia sedikit mengubah landskap meta namun, mereka tekad untuk mengekalkan dna bermain secara agresif yang telah mengalir lama dalam identiti mereka. 

Ditanya mengenai potensi lawan yang mungkin ditemui di final, nama-nama besar dari Filipina seperti Team Liquid dan ONICPH masih menjadi ancaman utama -- namun bagi SRG, tiada satu pun pasukan yang akan diberi ruang mudah. 
 
 

Advertisement

Must Watch Video