Bersandarkan ekonomi dan infrastuktur yang lengkap, kerajaan Selangor memasang impian untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Selangor mahu menjadi negeri kedua yang menganjurkan temasya itu di Malaysia selepas kali terakhir, Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 1998.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, optimis negeri itu mempunyai kebolehan merealisasikan cadangan tersebut selaras dengan impian mereka untuk mencapai status negeri pintar serantau menjelang 2025.
"Kami sedang menyasarkan untuk menjadi potensi penganjur Sukan Komanwel 2026. Ini baru sahaja cetusan idea, namun kami mampu untuk merealisasikannya," katanya ketika ditemui dalam Sidang Kemuncak Sukan Antarabangsa Selangor yang dianjurkan kerajaan Selangor dengan kerjasama Persatuan Penulis-Penulis Sukan (AIPS) Asia di Bandar Sunway, hari ini.
Beliau menganggap temasya tersebut mampu membantu Malaysia untuk meningkatkan konteks sukan demi kepentingan ekonomi negara.
"Harapan kami ingin melihat pelbagai bidang, khususnya melengkapkan ekosistem industri sukan negara.
"Saat ini seharusnya bidang sukan harus dilihat dengan lebih menyeluruh, bukan hanya daripada kegiatan fizikal, namun memiliki faktor ekonomi yang masih belum diketengahkan lagi."