Hari Belia Negara merupakan platform penting untuk mengangkat potensi golongan muda dalam pelbagai bidang, termasuk dalam bidang sukan.
Dalam era Revolusi Industri 5.0, sukan tidak lagi terhad kepada latihan fizikal semata-mata, sebaliknya menuntut integrasi teknologi dan inovasi. Belia hari ini perlu di didik bahawa bidang sukan bukan sekadar aktiviti fizikal semata mata, malah turut merangkumi aspek saintifik, kejuruteraan, analisis data dan kreativiti digital.
Sektor sukan boleh di jadikan jambatan yang menyatupadukan teknologi dengan jati diri belia. Menerusi program pembangunan sukan yang berasaskan data dan teknologi pintar seperti kecerdasan buatan (AI), realiti maya (VR) dan analisis biomekanik, belia bukan sahaja terlibat sebagai atlet tetapi juga sebagai jurutera sukan, pereka sistem latihan, dan pengurus data prestasi. Dalam masa yang sama, nilai seperti disiplin, semangat patriotisme cintakan negara dan kerja berpasukan yang berhikmah terus di semai dalam diri mereka kerana amalan kerja yang dilakukan seiring kata keramat “demi tanah tumpah nya darahku”.
Penggunaan teknologi dalam analisis prestasi sukan seperti motion analysis tracking, pengukuran & penilaian beban latihan dan pemodelan taktikal mampu memberikan kelebihan kompetitif kepada pejuang atau atlet Malaysia. Jika belia di bimbing menguasai kemahiran ini, mereka akan menjadi tonggak kepada pembangunan ekosistem sukan berprestasi tinggi. Belia yang celik teknologi dan memahami dinamik sukan mampu merancang strategi kemenangan, termasuk membantu pencapaian negara dalam acara peringkat dunia seperti Olimpik.
Penerapan elemen teknologi dalam sukan menjadikan bidang ini lebih menarik kepada generasi muda yang mahir digital. Misalnya, simulasi permainan sukan berasaskan VR boleh di jadikan latihan mental moden untuk atlet, manakala penghasilan kandungan kreatif tentang sukan melalui media sosial dapat menyebarkan semangat kesukanan sekaligus membentuk pembudayaan sukan di Malaysia. Belia bukan sahaja di libatkan sebagai peserta, tetapi juga pencipta kandungan dan pemikir teknologi yang menyumbang kepada dunia sukan tanahair.
Sukan berupaya menjadi alat penyatuan rakyat Malaysia. Ia telah pun di buktikan melalui pendekatan Presiden Nelson Mandela dalam transformasi negara Afrika Selatan. Selain itu, apabila belia terlibat aktif dalam sukan dengan pendekatan teknologi tempatan, mereka bukan sahaja dapat mencipta inovasi teknologi baharu, malah mengukuhkan identiti nasional dan produk tempatan. Projek seperti penciptaan peranti latihan buatan Malaysia, sistem pemantauan prestasi atlet atau alat terapi rehabilitasi inovasi tempatan boleh melonjak daya saing ekonomi Negara.
Peluang kerjaya dalam bidang sains sukan, teknologi sukan dan penganalisis data sukan semakin terbuka luas. Belia boleh melibatkan diri sebagai penganalisis data sukan, jurutera teknologi sukan, pakar pemulihan atlet, pencipta aplikasi kecergasan dan kesihatan dan banyak lagi. Pendekatan ini bukan sahaja membantu pembangunan atlet Olimpik Negara, malah membentuk satu ekosistem profesional yang menyumbang secara langsung kepada matlamat negara untuk pecah kebuntuan mencapai pingat emas pertama di temasya Olimpik.
Untuk merealisasikan impian emas Olimpik Pertama Malaysia, kerjasama strategik antara agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, sektor swasta dan belia sendiri perlu di perkukuh. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) di bawah KBS perlu di berikan nafas baru melalui pelan perancangan strategik. Usaha seperti pembinaan makmal teknologi sukan, inkubator inovasi belia dan program biasiswa sukan berteraskan teknologi wajar di perluas dan di perkasakan. Sukan perlu dijadikan sebahagian daripada agenda negara dalam membina generasi muda iaitu belia yang cergas,cerdas dan berdaya saing.
Kesepaduan antara sukan dan belia melalui pendekatan teknologi mampu mencetuskan gelombang baharu dalam landskap sukan negara. Dengan sokongan berterusan dan pelaburan yang bijak, Malaysia bukan sahaja mampu melahirkan atlet bertaraf dunia, tetapi juga menjadikan belia sebagai agen perubahan yang memacu kejayaan negara menuju emas Olimpik pertama dunia. Inilah masanya untuk belia dan sukan bergerak seiring dan senada demi maruah dan masa depan tanah air Negara. Akhir kalam, "Belia Juara Teknologi, Malaysia Juara Dunia”.
Disediakan oleh,
Ts Dr Hadafi Fitri Mohd Latip,
Pensyarah Kanan Sains Sukan UTM,
Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST UTM).