SUKAN LAIN
Selamat bertugas, Cikgu Badrul Hisyam!
Nama Badrul Hisyam Manap bukanlah asing di lapangan olahraga, kerana pernah satu ketika dia antara pelari harapan bakal memacu dominasi Sukan SEA sekurang-kurangnya.
Entah di mana silapnya pemilik nama itu tidak bertahan lama sebaik kemunculan beberapa nama seperti Khairul Hafiz Jantan dan Haiqal Hanafi yang lebih mencuri tumpuan.
Lima tahun menghilang, perkembangan terkini Badrul mencuri tumpuan apabila bakal bergelar guru.
Iklan
Kali terakhir buat kemunculan atas nama Malaysia di Sukan Universiti ASEAN (AUG) dan Sukan Komanwel Gold Coast, Badrul mengambil keputusan mengucap selamat tinggal buat sukan yang amat diminatinya sejak berusia 11 tahun lagi.
Badrul ketika ini sudah ada sasaran lebih penting jadi individu bertanggungjawab mencungkil bakat baru seperti mana yang dilakukan jurulatihnya, Md Poad Kassim sehingga ke saat ini.
Bakal cikgu itu nampaknya sudah bersedia dengan pelbagai rintangan hadapi kerenah anak murid mahupun pelari di bawah kendaliannya selepas ini.
Sebelum munculnya nama nama seperti Khairul Hafiz, Haiqal Hanafi mahupun Azeem Fahmi, badrul pernah disandarkan harapan tinggi membawa tugasan 100 meter di pentas ASEAN.
Selepas kontroversi rekod kebangsaan tidak diiktiraf pada 2016, ia seolah-olah punca utama semangat berjuang pelari itu semakin pudar selain dibelenggu isu kecederaan dan kemunculan pelari lain yang lebih mencuri tumpuan.
"Ramai yang bertanya mengapa saya mengambil keputusan untuk berhenti, saya mengambil keputusan ini kerana tidak mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa akan datang, jadi saya mengambil keputusan ini untuk menamatkan pengajian dan melangkah ke fasa baru dalam hidup," katanya menerusi Nadi Weekend.
Must-Watch Video