Skip to main content

Sukan Lain

Selalu berkayuh di dalam hutan, kali ini KL Downmall Challenge tawar pengalaman berbeza

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-downmall-challenge.jpg
Sukan lasak mountain bike mungkin tidak asing dalam kalangan peminat sukan berbasikal, namun sekiranya diadakan dalam bangunan pasaraya ia mungkin menjadi sesuatu yang baru.

Kejohanan KL Downmall Challenge 2025 yang bakal hujung minggu ini menjanjikan satu pengalaman yang berbeza kepada peserta dan juga peminat lumba basikal.

Justeru, tidak hairanlah penganjuran yang julung kali diadakan ini mampu menarik minat lebih 140 penyertaan bukan sahaja dalam kalangan pelumba tempatan, malah turut membabitkan peserta luar negara.

"Oleh kerana permukaan licin, peserta perlu kawal kelajuan mereka tetapi kalau perlahan, maka perlu berkayuh untuk dapatkan momentum," kata penganjur bersama, Muhammad Hishamuddin Abd Halim.





Sementara itu, bagi peserta KL Downmall Challenge mengakui cabaran yang disajikan dalam kejohanan ini berbeza daripada pengalaman sebelum ini.

"Jarang-jarang kami dapat berkayuh di dalam pusat membeli-belah, selalunya di dalam hutan. 

"Jadi Kami sangat menghargai kejohanan seperti ini," kata salah seorang peserta, Fin Iskandar.

 

Advertisement

Must Watch Video