Transisi Hazrul Shah Hamri daripada sukan lompat jauh ke acara 100 dan 200 meter disifatkan tiada banyak perubahan yang berlaku kerana kedua-duanya melibatkan pergerakan ‘explosive’.
Hazrul Shah menjadi menjadi sandaran untuk memungut dua pingat emas SEA Deaf Jakarta, masing-masing dalam saingan kategori lelaki 100 dan 200 meter.
Bakat tersebut dikesan jurulatihnya, Amiludin Mohd Amin, yang percaya kemampuannya untuk mempersembahkan prestasi lebih baik dalam kategori tersebut.
"Kedua-duanya memerlukan kekuatan otot," katanya melalui penterjemah.
Menerusi persediaan rapi menerusi teknik lompatan serta konsistensi kelajuan yang semakin menunjukkan peningkatan, dia yakin ia mampu menjadi kenyataan.
"Dalam ketiga-tiga acara yang disertai ini, saya rasa boleh dapat emas untuk 100m dan 200m," tambahnya.