Kontinjen pekak Malaysia hari ini bertolak ke Indonesia dengan misi mengutip 16 pingat emas SEA Deaf 2025.
Presiden MS Deaf, Dr Ong Shin Ruenn, meletakkan harapan tinggi untuk melihat atlet negara berjuang mengekalkan gelaran juara keseluruhan buat kali kedua berturut-turut apabila tirai saingan disingkap dua hari lagi.
Dengan olahraga menjadi sandaran utama, Shin Ruenn turut mengharapkan sukan seperti catur turut tampil cemerlang di Jakarta.
"Kami menerima peruntukan sebanyak RM3 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan digunakan untuk persiapan selain bantuan daripada ISN (Institut Sukan Negara).
"Atlet yang dibantu Majlis Sukan Negara (MSN) sering mendapat pingat yang banyak.
"Kami positif untuk mengekalkan kejuaraan dan mungkin tambah satu pingat emas lagi," katanya melalui penterjemah.
Sementara itu, ketua jurulatih olahraga pekak negara, Mohd Amiludin Mohd Amin, melaungkan keyakinan bahwa anak buahnya mampu menggegar ASEAN Deaf Games.
Baginya, ia merupakan platform pemanas badan sebelum ujian sebenar iaitu Deaflympics Tokyo 2025.
"Saya yakin atlet mampu memenangi lebih banyak pingat emas daripada temasya lalu seperti yang dirancangkan.
"Jika diberi kesempatan, saya harap atlet diberikan insentif kewangan," katanya pula.
Dapatkan Redoxon Sekarang

Kekal Bertenaga, Kekal Sihat!
Redoxon dengan Vitamin C & Zinc bantu menyokong sistem imun untuk gaya hidup aktif — sama ada bersukan, bekerja, atau beriadah setiap hari.
Dapatkan Redoxon Sekarang