Skip to main content

Sukan Lain

Saya sangat gembira, positif bakal pecah lebih banyak rekod kebangsaan -- Azeem Fahmi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeem-fahmi-baru.jpg
Atlet pecut negara, Azeem Fahmi, berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia atas kejayaannya memecahkan rekod kebangsaan di Kejohanan Jemputan Paw di South Carolina, semalam. 

Azeem terus bersinar di Amerika Syarikat (AS) apabila sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan bagi acara 60 meter (m) dalam dewan dengan catatan 6.60 saat (s).

Dia memecahkan rekod miliknya sendiri yang dicatat tahun lalu dengan masa 6.62 saat (s).

"Saya sangat gembira dan positif untuk menghadapi musim 2025," kata Azeem.

"Sasaran saya adalah kekal cergas sehingga saingan balapan akan datang berharap untuk memperbaiki lebih banyak rekod kebangsaan. 

"Terima kasih kepada penyokong di tanahair yang sentiasa berada di belakang saya. Saya akan terus untuk berusaha mengharumkan nama negara. 

"Saya akan kembali beraksi empat minggu lagi di Virginia. 

"Terima kasih, majulah sukan untuk negara."


 

Advertisement

Must Watch Video