HOKI
Sarjit Singh sedia dengar pandangan bekas pemain
Ketua jurulatih hoki negara, Sarjit Singh, memberikan sisi berbeza apabila membuka pintu buat bekas pemain The Speedy Tigers untuk memberikan pandangan dan perspektif mengenai pembentukan skuad barunya kali ini.
Dia dilihat bakal berdepan tugas sukar untuk menamakan 30 pemain terbaik daripada kelompok besar 46 pelatih yang dipanggil ke kem latihan pusat sejak 19 Mac lalu.
Pendekatan yang mengambil dasar keterbukaan itu mendapat pelbagai reaksi posiitf daripada bekas pemain negara dalam usahanya untuk mengembalikan imej dan maruah skuad hoki negara.
Iklan
"Ramai bekas pemain yang hadir untuk memberikan maklum balas melalui Whatsapp kepada saya dan itu yang saya mahukan memandangkan ini adalah pasukan negara kita.
"Tindakan yang positif ini memberi semangat kepada pemain, sesiapa yang ingin hadir untuk memberikan sokongan dengan melihat kami berlatih saya menerima kehadiran mereka.
"Saya berharap pemain seperti Azrai, Akhimullah dan Faizal terpilih kerana jika mereka dapat memberikan aksi terbaik maka kami sedang berada di jalan yang betul untuk bersinar."
Must-Watch Video