Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Hoki

Sarjit Singh puji aspek serangan, pertahanan kem negara benam Korea Selatan sekali lagi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hokki.jpg
The Speedy Tigers meneruskan rentak kemenangan dalam siri jelajah Korea Selatan selepas merekodkan kemenangan 4-1 dalam perlawanan persahabatan kedua berdepan pasukan dari tuan rumah itu di Pusat Latihan Nasional Jincheon, sebentar tadi.

Kem Malaysia mengatasi Korea Selatan dengan keputusan yang sama pada perlawanan pertama iaitu 4-1.

Mohamad Akhimullah Anuar menyumbangkann gol pertama seawal minit keenam, diikuti jaringan Norsyafiq Sumantri, Muhajir Abdu Rauf, dan Mohammad Harris Iskandar Osman.

Malah, Korea pula hanya mencuri satu gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit kelapan.

Malaysia akan turun dalam aksi ketiga siri jelajah itu berdepan lawan sama pada jam 2 petang, Sabtu ini.






Dalam pada itu, ketua jurulatih skuad hoki negara, Sarjit Singh, berpuas hati terhadap prestasi semasa pasukan yang semakin meningkat dan berharap rentak positif itu dapat dikekalkan hingga ke baki saingan jelajah, dengan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan. 

"Hari ini pemain beraksi dengan baik dan begitu juga pada aspek serangan, kita raih tiga pukulan sudut penalti dan jaringkan satu daripada situ.

"Korea ada lapan (pukulan sudut penalti) tetapi jaringkan satu. Pertahanan agak bagus hari ini ketika situasi pukulan sudut penalti. Kita beri peluang kepada semua pemain. Kita mahu mencari kombinasi terbaik memandangkan akan pilih 18 pemain untuk Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara FIH." katanya.

Advertisement

Must Watch Video