Skip to main content

Sukan Asia

Sambo: Peluang beraksi dalam repechage tidak kesampaian buat Yousoff

sambo.jpg
Hasrat wakil negara bagi acara sambo, Yousoff Daniel Fairuz Cruz, meneruskan peluang dalam repechage bagi perebutan gangsa Sukan Asia 2018 tidak kesampaian selepas wakil tuan rumah, Rio Akhbar Bahari, gagal meneruskan kemaraan hingga ke separuh akhir.

Hakikatnya kedua-dua wakil negara tewas awal dalam peringkat kelayakan.

Yousoff mendapat peluang repechage dengan syarat lawan pertamanya dari Indoensia, Rio Akhbar, mampu meneruskan aksi sehingga ke saingan separuh akhir.

Malangnya ia tidak berlaku, Yousoff gagal untuk mendapat peluang repechage dan mengakui kegagalannya beraksi lebih baik dalam saingan awal membuatkan dia terpaksa bergantung dengan wakil Indonesia itu.

"Saya telah berusaha untuk mengatasi lawan tetapi kekurangan ketika bertahan menyaksikan saya tewas kepada Rio," kata Yousoff.

Bagi seorang lagi wakil negara, Mohd Ezzat Mohamad Noor, dia terkilan dengan kegagalannya hanya disebabkan penalti yang berpunca daripadanya.

Pegang jari adalah antara kesalahan dalam sambo dan kesilapan yang dilakukannya itu memberi kelebihan kepada seorang lagi wakil Indonesia, Siswanto Yossi.

"Dalam sambo, memegang jari lawan adalah kesalahan dan saya diberikan penalti kerana melakukannya. Penalti yang kedua saya raih apabila terkeluar gelanggang sebanyak dua kali," kata Ezzat.

Advertisement

Must Watch Video