Play-off kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, November depan, umpama aksi hidup mati buat penjaga gol skuad hoki negara, S. Kumar, yang bakal menentukan hala tuju kariernya di peringkat antarabangsa.
Kumar, yang kini berusia 40 tahun, berada di penghujung karier dan dia terlepas Pusingan Akhir Siri Hoki FIH 2019 minggu lalu kerana menjalani proses rawatan kecederaan paha yang menyaksikan Malaysia muncul naib juara.
Malaysia selaku pasukan di ranking ke-13 dunia akan melalui aksi play-off November depan bagi menentukan adakah kemarau 20 tahun ke Sukan Olimpik dapat ditamatkan atau beberapa pemain meninggalkan skuad kebangsaan.
"Sudah tentu saya rasa mungkin ini boleh jadi saingan kelayakan buat saya dan beraksi di pentas Olimpik. Jadi, kalau ada peluang, saya akan beri yang terbaik," katanya.
Penjaga gol simpanan, Hairi Abd Rahman dan Mohd Hafizuddin Othman, antara yang mendapat kritikan ekoran prestasi tidak meyakinkan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Kumar dituntut agar kembali segera ke pangkuan skuad negara, namun penjaga gol kelahiran Tampin, Negeri Sembilan itu mungkin terlepas hari pertama kem latihan kebangsaan 20 Mei ini.
"Saya rasa aspek prestasi penjaga gol muda masih lagi perlu ditingkatkan lagi.
"Bagi saya, dalam kejohanan ini, kami sekurang-kurangnya boleh mencapai sasaran dan mereka dapat beraksi dalam situasi yang bagus.
"Jadi diharap sentuhan mereka akan kembali dalam aksi akan datang," tambah Kumar.