Noryfasikin Bilau dari Keningau muncul pemenang pingat emas pertama Sukan Sabah (SAGA) 2017 bagi acara memanah kategori compound 70 meter, hari ini.
Pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau 1 itu menaiki podium tertinggi selepas mengutip 300 mata.
"Saya sangat gembira kerana ini emas peribadi pertama saya dalam SAGA walaupun hanya menjalani latihan sebenar kira-kira seminggu lalu, sejurus selesai menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
"Saya harap dapat lakukan yang terbaik dalam tiga lagi acara individu nanti, iaitu kategori compound 30, 50 dan 60 meter," katanya.
Sementara itu, seorang lagi pemanah dari Keningau, Clementina Banadus, muncul pemenang pingat perak bagi acara sama selepas mengutip 290 mata manakala Nurshafika Jasman dari Kota Kinabalu memenangi gangsa dengan 270 mata.