Skip to main content

Sukan Lain

SAGA: Keningau dominasi hari pertama pencak silat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

silat_2.jpg
Keningau mendominasi hari pertama acara pencak silat seni Sukan Sabah (SAGA) apabila merangkul tujuh pingat emas, semalam.

Bit Ruding dan Misto Pancstus mengutip emas pertama buat Keningau bagi kategori ganda putera, disusuli Merrywati Manual dan Refachie Lanusag yang memenangi emas kategori ganda puteri.

Kategori jurus wajib turut dikuasai Keningau apabila trio mereka bagi kategori putera, Rollick Ralin Raubin, Cirron Kamsun dan Jikoloney Didacus serta kategori puteri, Nurshila Kinson, Siti Rapiah Ali Hanapia dan Sarinah Dullah, memenangi emas.

Dua lagi peserta individu Keningau, iaitu Mohd Aman Jinli dan Merrywati, masing-masing mengutip emas bagi kategori silat seni solo kreatif.

Kategori seni jurus tunggal (putera) pula dimenangi Mohd Affif Albert dari Tuaran manakala Nor Atikah Mustafah dari Tambunan mengutip emas puteri bagi kategori sama.

Kredit foto - Jabatan Penerangan Sabah

Advertisement

Must Watch Video