Sabah sekali lagi bakal menjadi tumpuan peminat sukan karate negara apabila dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Karate Senior Kebangsaan Ke-40.
Kejohanan yang termasuk dalam kalendar Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) itu akan berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Likas pada 10 hingga 14 Jun depan.
Setiausaha Agung Persatuan Karate Sabah (SKA), Julian Chin, berkata kejohanan itu adalah satu kebanggaan bukan sahaja untuk persatuan tetapi juga untuk negeri Sabah.
"Kami telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh MAKAF baru-baru ini dan SKA akan berusaha sedaya-upaya untuk menjayakan kejohanan bertaraf kebangsaan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tahun lalu, SKA turut menjadi tuan rumah dua kejohanan bertaraf Asia, iaitu Kejohanan Kadet, Junior dan Bawah-21 Asia dan Kejohanan Shureido Cup yang julung-julung kali diadakan.
Sementara itu, Julian berkata kejohanan karate senior kali ini bakal menjadi tumpuan kerana ia menjadi pentas terakhir atlet sebelum menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung pada bulan berikutnya.
"Saya percaya pasukan yang bertanding akan menghantar atlet-atlet Sukma sebagai antara persiapan terakhir sebelum menghadapi temasya itu.
"Sabah juga tidak terkecuali dan kejohanan itu penting untuk menilai atlet dan juga mengesan kelemahan yang ada supaya dapat diatasi sebelum Sukma," katanya.
Seramai 300 peserta termasuk atlet, jurulatih dan pegawai pasukan akan berada di Kota Kinabalu untuk kejohanan karate senior kebangsaan itu nanti.
Untuk rekod, Sabah menduduki tempat kedua keseluruhan di belakang juara, Pulau Pinang, dalam kejohanan sama tahun lalu dengan pungutan tiga pingat emas, tiga perak dan tujuh gangsa.
Editor: Ammar Hakim