Gandingan Saari Brothers kembali bernafsu untuk mengecapi kejayaan terulung dengan membantu skuad kendalian Arul Selvaraj menamatkan kemarau penampilan Olimpik -- dengat syarat berada di kelompok 3 terbaik kelayakan Sukan Olimpik Paris di Muscat, Oman bermula 15 Januari hadapan.
Fitri merupakan general di lapangan buat the Speedy Tigers -- namun ketiadaannya di Sukan Asia Hangzhou menyaksikan skuad negara ' kering ' idea untuk mencipta peluang.
Fitri yang pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut Medial Collateral Ligament (MCL), Kapten Terengganu Hockey Team (THT) itu menerima perkhabaran positif apabila kembali mendapat kepercayaan Arul Selvaraj di jentera tengah.
Kali terakhir Fitri memperkuat skuad negara di saingan utama, Trofi Juara-Juara Asia (ACT) dan muncul antara tonggak utama membawa Speedy Tigers ke pentas final kejohanan buat kali pertama dalam sejarah.
Fitri ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Karl Nunis berkata, " sekarang ini jurulatih sudah menukar taktikal sedikit, sebelum ini main dengan taktikal 5-2-1-2, sekarang ini kita main dengan taktikal 4-3-3,"
"jadi kembali kepada posisi asal saya rasa saya akan kembali bermain di bahagian tengah,"
" Sudah tentu itu adalah posisi kegemaran saya di bahagian tengah, saya memang suka berada di bahagian ini,"
"Selalunya kalau bawa 18 pemain, 5 pemain tengah akan dibawa dan untuk pertahanan dan penyerang, tengok pada jurulatih, kadang dia bawa 6 penyerang, kadang dia bawa 5 penyerang,"
"Saya menaruh harapan, sebab ini adalah peluang terakhir kita untuk layak ke Olimpik Paris, saya pasti berikan 100% komitmen setiap kali latihan dan mungkin selepas ini banyak perlawanan persahabatan yang akan dilakukan dan saya akan berikan yang terbaiklah."
Shaiful Shamsudin
Sat Dec 23 2023