Menjadi satu-satunya pemanah wanita para negara yang paling senior bukan satu tugas mudah untuk Nor Sa'adah Abdul Wahab dalam memastikan pemanah wanita tidak terus tenggelam dalam tahun baru 2018.
Sa'adah menjadi atlet wanita sulung yang masih kekal berada dalam skuad negara sejak Sukan Para Asia 2010 di Guangzhou, China.
Dia tidak menolak kerana memanah para kurang mendapat perhatian dalam kalangan atlet wanita dan hanya dimonopoli skuad lelaki.
Namun, keputusannya untuk terus bekerja keras demi minat dan negara berjaya untuk menarik beberapa lagi pemanah wanita yang ingin cuba mendapat tempat dalam pasukan.
"Dengan lebih ramai pelapis pemanah wanita negara, saya akan membantu untuk terus menggilap prestasi mereka," katanya.
Sa'adah yang berjaya meraih pingat emas dalam Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur, September lalu mahu menebus kekecewaan gagal terpilih ke Sukan Para Asia Incheon 2014 dengan
memastikan dirinya kembali beraksi di pentas itu di Jakarta nanti.
Beberapa kejohanan kelayakan, baik kebangsaan atau luar negara, harus diharungi dalam masa terdekat untuk terpilih ke Jakarta.
"Peluang tetap ada. Prestasi perlu dipertingkatkan ketika beraksi dalam Sukan Asia nanti," katanya.