Pemain skuad B-23 negara yang baru dipanggil menyertai pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee, Rodney Celvin Akwensivie, mengakui berasa terkejut apabila mendapat panggilan saat akhir, iaitu kira-kira hanya beberapa jam sebelum bertolak ke Indonesia.
Dia dipanggil bagi menggantikan Daniel Amier Norhisham yang mengalami kecederaan, sekaligus membuatkan pemain berusia 21 tahun itu bersyukur dengan rezeki yang hadir di saat akhir.
Bagaimanapun, dia tidak mahu kehadirannya ke dalam skuad hanya sekadar penumpang dalam pasukan untuk mencukupkan bilangan 20 orang pemain.
"Ia ibarat satu mimpi kerana baru semalam saya digugurkan tetapi hari ini dipanggil semula. Ini adalah peluang saya untuk membuktikan sesuatu buat pasukan.
"Saya akan memberikan persembahan yang terbaik untuk rakyat Malaysia," katanya.
Dalam masa sama, ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar, bakal ke Indonesia dalam hati yang resah ekoran ibunya, Siti Rokibah Najamudin, terpaksa menjalani satu pembedahan.
Namun, dia tetap berkorban memandangkan aksi di Indonesia adalah peluang pertamanya tampil menyarung jersi negara di pentas Sukan Asia.
"Memang minggu ini sangat sukar. Ibu saya di hospital untuk menjalani pembedahan dan hari ini adalah ulangtahun kelahiran anak saya, jadi saya menjadikannya sebagai motivasi untuk ke Indonesia," ujar Baddrol.