Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Road to Gold: Pandalela idam penampilan keempat di pentas Olimpik

datuk-pandelela-rinong.jpg
Penerjun negara, Datuk Pandalela Rinong, menganggap dirinya layak berada dalam Program Road to Gold Paris 2024 yang diumumkan semalam.

Difahamkan seorang lagi Olimpian, Nur Dhabitah Sabri, turut dikaitkan sebagai calon sukan terjun bagi program itu.

Hakikatnya, Pandelela perlu melalui aksi kelayakan Kejohanan Dunia di Fukouka Jepun, Julai depan, dengan sasaran wajib menghuni ranking 12 terbaik dunia acara individu selain muncul tiga terbaik dunia seirama untuk tiket ke temasya itu tahun depan. 

"Sebelum ini kata tiada tapi sekarang ada. 

"Saya pun tidak harapkan apa-apa cuma harap masih dapat berlatih lagi," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.  
Malah, Pandelela mempunyai sasaran dalam penampilan keempatnya di pentas Olimpik.





Cuma bekas naib juara dunia itu lebih senang untuk mengunci mulutnya. 

"Ada tapi buat masa ini saya hanya fokus kepada ketika ini, nanti beri tekanan kepada diri sendiri sahaja. 

"Tumpuan terdekat ialah persediaan mencapai kemuncak prestasi sementara bagi petunjuk prestasi utama (KPI) pula ialah kejohanan seperti Sukan Asia.

"Saya harap sokongan terbaik diberikan kepada saya dan pasukan. 

"Kalau boleh naikkanlah elaun atlet," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video