Pasukan RMR Warriors (RMR) muncul juara Liga Super Ragbi Perak 2017 apabila menewaskan Ipoh Lions 19-10 di Ipoh, petang tadi.
Menurut pengurus RMR, Azrul Nizam Mohd Jusof, kejayaan ini amat bermakna apabila melayakkan pasukannya untuk menyertai kancah Liga Ragbi Kebangsaan, tahun hadapan.
"Selepas ini, kami akan terlibat dalam beberapa lagi kejohanan bagi mengekalkan prestasi pasukan," kata Azrul.
Jurulatih RMR, Mohd Azrin Razali, pula menyifatkan tentangan Ipoh Lions begitu sengit tetapi pengalaman pemainnya berjaya mengekang asakan lawan.
"Pemain bijak memanfaatkan kelemahan pasukan lawan. Setelah mendahului 14-10 pada separuh masa, pemain bertambah yakin dan menang 19-10", ujarnya.
Sementara itu, Carnivoran Mongoose bergelar juara Liga Perdana apabila menewaskan Staroba RC, 29-16.