SUKAN-LAIN
Restoran diarah bayar denda lebih RM200,000 kepada Astro
Sebuah syarikat restoran diarah membayar sejumlah denda kepada Measat Broadcast Systems Sdn Bhd (Astro Malaysia Holdings Berhad) akibat menayangkan kandungan Astro secara haram.
Syarikat tersebut iaitu Thaqwa (Malaysia) bersetuju untuk membayar RM221,773.20 kerana meyiarkan siaran secara tidak sah di beberapa cawangan restoran miliknya.
Meskipun hanya mempunyai langganan yang sah di dua buah premis sahaja, baki lapan restoran tetap menawarkan siaran tanpa kebenaran dengan menggunakan peranti tambahan seperti kad pintar dan dekoder Astro.
Iklan
Menurut persetujuan, Thaqwa dibenarkan menggunakan Astro di lokasi yang terpilih bagi menghormati hak cipta dan harta intelek Astro.
"Astro sangat komited dalam usaha memerangi cetak rompak digital kerana kami tahu betapa besar kesannya kepada industri media dan kreatif.
"Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas dan melindungi hak harta intelek, Astro membantu memastikan para pencipta dan artis mendapat ganjaran yang adil.
"Usaha ini penting untuk memastikan industri ini terus hidup dan berkembang, membuka ruang untuk idea dan pengisian baharu," kata Ketua Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong.
Must-Watch Video