Kehadiran keluarga menjadi penguat semangat perenang negara, Phee Jinq En, yang akan memburu rekod kebangsaan dalam acara 100 meter kuak dada apabila acara renang Sukan Asia 2018 membuka tirainya di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno, Ahad ini.
Selain Welson Sim dan Tern Jian Han, prestasi Jinq En turut mencuri perhatian apabila dia yang sedang menuntut di Amerika Syarikat sanggup mengambil cuti selama tiga bulan untuk datang ke Jakarta.
Jinq En merupakan pemegang rekod kebangsaan 100m kuak dada wanita dengan catatan 1 minit 08.65 saat yang dilakarnya dua tahun lalu.
"Mereka sebenarnya bukan tidak mempedulikan apa yang saya lakukan, mereka ambil berat dengan saya dalam renang. Mereka percaya dengan apa yang saya lakukan.
"Saya fikir apa yang saya lakukan, laju atau perlahan, saya rasa mereka bangga dengan saya yang mewakili Malaysia di peringkat ini. Ini kerana saya datang dari jauh," katanya.
Sekiranya Jing En mampu memecahkan rekod kebangsaan yang dimilikinya, dia akan mara ke final berdasarkan pencapaiannya di Incheon empat tahun lalu.