Malaysia menamatkan saingan di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno pada hari terakhir acara renang tanpa sebarang berita gembira apabila dua aksi melibatkan kontijen negara yang sekadar memenuhi penyertaan dalam peringkat saringan.
Saingan rampaian 4x100 meter melibatkan Tern Jian Han, Fong Wei Tze, Chan Jie dan Keith Lim Kiat Sern ternyata jauh ketinggalan dalam saingan peringkat Asia.
Mereka sekadar menamatkan saingan di kedudukan keenam bagi saringan ketiga dengan mencatatkan 3 minit 49.08 saat, sekali gus gagal ke final.
"Kuartet yang turun beraksi kali ini berbeza ketika beraksi dalam Sukan SEA apabila mencatatkan rekod kebangsaan dalam acara ini," kata Chan Jie..
"Sepanjang saingan, kami telah mempamerkan persembahan terbaik," kata Keith.
Tiada peluang untuk Foong Wei Tze dalam acara 50m kuak dada lelaki apabila menamatkan saingan di kedudukan terakhir bagi saringan kelima.
Dia sekadar mencatatkan 29.51s, jauh daripada catatan kelayakannya ke Sukan Asia, iaitu 28.85s, yang turut menyaksikan tiada laluan final untuknya.