Skip to main content

Sukan Asia

Renang: Welson penat, letih

welson.jpg
"Saya penat dan terlalu letih," itu reaksi jaguh renang negara, Welson Sim, yang mengakui kepenatan ekoran jadual latihan yang padat menjelang saingan Sukan Asia yang bakal bermula 18 Ogos ini.

Atlet berusia 21 tahun itu mengakui dia melewati jadual latihan yang padat sehingga tiada tempoh rehat. 

Dua minggu menjelang saingan Sukan Asia, kepenatan dan tekanan yang dirasai Welson semakin ketara ketika dia diletakkan selaku pilihan utama untuk menghasilkan kejutan dalam acara renang.

"Badan saya sangat letih dan berharap minggu terakhir sebelum ke Indonesia, saya dapat berada di tahap terbaik," kata Welson.

Bagaimanapun, alasan kepenatan bukan bermakna dia mahu menarik kata-kata awalnya untuk memecah rekod kebangsaan menerusi dua acara kegemarannya, iaitu 200 dan 400 meter gaya bebas.

Atlet kelahiran Sarawak itu bertekad untuk memberi hadiah termanis buat jurulatihnya, Paul Birmingham, yang akan mengakhiri kariernya bersama skuad negara selepas Sukan Asia nanti.

"Saya sentiasa mahu memberi kejutan kepada jurulatih dan mahu melakukan catatan masa terbaik," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video