Atlet renang negara, Welson Sim dan Phee Jinq En, mara ke final acara masing-masing selepas menempatkan diri dalam kelompok lapan terpantas ketika peringkat saringan, pagi tadi.
Saingan 200 meter gaya bebas menyaksikan Malaysia mempunyai dua wakil, iaitu Welson dan Keith Lim, dan mereka ditempatkan dalam kumpulan yang sama dalam saringan keempat.
Tumpuan dalam saringan keempat itu sudah pasti terarah kepada perenang Jepun, Katsuhiro Matsumoto, tetapi Welson meraih permulaan yang cukup baik apabila memberikan saingan hebat kepada perenang berusia 21 tahun itu sebelum meraih kedudukan kedua dengan catatan 1 minit 47.47 saat manakala Keith terpaksa berpuas hati dengan kedudukan keenam setelah mencatat 1:54.22s.
Perenang China, Sun Yang, tampil terpantas dalam saringan dengan catatan 1:47.58s.
Welson percaya dia mampu memberikan yang lebih baik dalam pusingan akhir selepas dapat menyesuaikan diri dengan suasana di kolam renang Pusat Akuatik Gelora Bung Karno.
"Sebenarnya, perancangan saya pagi ini untuk mengikut wakil Jepun dan berada di tempat pertama atau kedua. Cuba untuk tidak berada jauh daripadanya," katanya.
"Acara ini masih baru buat saya, jadi masih banyak perkara yang boleh saya perbaiki selepas ini," tambah Keith.
Sementara itu, cabaran Tern Jian Han dalam acara 100 meter kuak lentang lelaki terkandas di peringkat saringan apabila menduduki tempat ke-14 keseluruhan menerusi catatan 57.71s.
Bagaimanapun, Jinq En mengembalikan keceriaan buat kem renang negara selepas meraih kedudukan ketujuh terpantas dalam acara 100 meter kuak dada wanita.
Catatan 1:08.83s menyaksikan Jinq En berada di tempat ketiga di belakang perenang Jepun, Reona Aoki, serta Shi Jinglin, dalam saringan keempat.
"Sejujurnya, saya amat gembira kerana tidak mencatat masa sebegini dalam masa dua tahun, jadi saya rasa begitu puas hati dapat layak ke final. Kita akan lihat apa yang berlaku dalam aksi final malam ini," ujar Jinq En.