Perenang negara, Welson Sim, sukar untuk mempercayai dia gagal menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik saingan 400 meter gaya bebas lelaki dalam aksi Sukan Asia di Kompleks Sukan Gelora Bung Karno, hari ini.
Welson turun dalam acara kegemarannya itu dengan motivasi tinggi selepas memecahkan rekod kebangsaan bagi saingan 800 meter gaya bebas, semalam.
Berada dalam saringan yang sama dengan jaguh China, Sun Yang, Welson meraih permulaan yang baik tetapi selepas pertengahan saingan, dia mula ketinggalan sehingga menyebabkannya menamatkan aksi dengan catatan 3 minit 54.48 saat, jauh berbanding rekod kebangsaan 3:49.48s miliknya.
Catatan itu juga meletakkannya di kedudukan kesembilan keseluruhan, dibezakan 0.3s dengan perenang di tempat kelapan dari Indonesia, Aflah Fadlan Prawira.
"Saya tidak percaya, ia sangat perlahan," ujar Welson.
Sementara itu, dua lagi wakil negara, Keith Lim serta Foong Wei Tze, gagal untuk sekurang-kurangnya berada dalam kelompok 20 terbaik bagi acara 50m gaya bebas lelaki.
Keith yang juga pemegang rekod kebangsaan bagi acara itu dengan catatan 23.10s hanya mampu berpuas hati dengan kedudukan keenam dalam saringan kelima menerusi catatan 23.37s, sekali gus menempatkannya di tempat ke-21 keseluruhan.
Untuk Wei Tze, dia merekodkan catatan masa 24.17s untuk berada di kedudukan ke-32 daripada 51 perenang keseluruhan.
"Saya berasa bagus pada hari ini dan pencapaian yang diraih agak bagus.
"Esok saya akan beraksi dalam 4x100m, kemudian akan ada acara individu," ujar Keith.