Skip to main content

Sukan Asia

Renang: Welson akui perlukan Birmingham

welson_1.jpg
“Saya perlukan jurulatih seperti Paul Birmingham.” Itu yang diharapkan perenang negara, Welson Sim, yang teruja menanti kehadiran jurulatih baru bagi menggantikan posisi pengendali terdahulu, Paul Birmingham, selepas berakhir Sukan Asia 2018.

Birmingham akan meninggalkan skuad renang negara selepas 10 tahun berkhidmat di Malaysia dan pentas Sukan Asia Indonesia 2018 menjadi tugas terakhirnya selaku jurulatih.

Welson merupakan antara individu yang paling rapat dengan jurulatih dari Australia itu dan dia mengharapkan pengganti Birmingham merupakan seseorang yang benar-benar memahami atlet dalam setiap situasi.

Dia juga menambah, Birmingham ibarat seorang ayah yang tidak pernah putus asa untuk memastikan dirinya benar-benar berada di tahap prestasi terbaik.

"Sebenarnya, saya mengharapkan seseorang seperti Birmingham. Seseorang yang bukan hanya menjerit seperti sesetengah jurulatih China.

"Saya boleh berbincang dengan Birmingham dan dia seperti seorang ayah buat saya," katanya.

Dalam masa sama, Welson juga tidak menafikan bahawa pengalaman yang diraih di Indonesia telah membuka matanya untuk terus meningkatkan prestasi dan keluar daripada takuk lama.

"Saya berada dalam zon selesa bagi tempoh yang lama dan sukar untuk keluar daripadanya serta meningkatkan prestasi. 

"Selepas melihat orang lain meraih pingat, ia memberi saya motivasi untuk pulang dan berlatih lebih gigih," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video