Skip to main content

Sukan Lain

Renang Terbuka Malaysia: Welson ungguli acara saringan

welson-040517.jpg
Atlet renang lelaki negara, Welson Sim, tidak berdepan kesukaran untuk mara ke final saingan Terbuka Malaysia apabila berjaya mengungguli peringkat saringan acara 400 meter gaya bebas lelaki, hari ini. 

Welson, yang mewakili negeri Sarawak, mencatat masa 4 minit 1.88 saat di hadapan perenang dari Selangor, Yeap Zheng Yan, yang mencatat 4 minit 5.79 saat.

Ia satu permulaan yang baik buat Welson untuk mendapatkan rentak, namun dia sedikit terganggu dengan masalah teknikal yang membuatkan mereka perlu menunggu untuk memulakan aksi. 

Hanya bersaing bagi satu acara pada hari pertama kejohanan, Welson bagaimanapun tidak terlalu memikirkan untuk memperbaharui urekod kebangsaannya miliknya sendiri, iaitu 3 minit 50.33 saat, sebaliknya hanya mahu mempertaruhkan aksi konsisten.

"Masalah teknikal itu sedikit menjejaskan mood (pertandingan) kami. 

"Namun, catatan ini tidaklah begitu teruk kerana tidak banyak peserta dari luar negara yang mengambil bahagian. 

"Jadi, tiada masalah untuk saya mara ke saingan akhir," ujar Welson. 

Seorang lagi perenang negara, Daniel Bego, pula berpuas hati dengan aksi pembukaannya apabila mencatat masa 4 minit 8.44 saat untuk berada di tempat kelima bagi acara yang sama. 

Menyedari dirinya bakal berdepan saingan sengit daripada rakan sepasukan, Welson dan Zheng Yang, Daniel hanya ingin memastikan sekurang-kurangnya dia mampu melepasi catatan peribadinya, 4 minit 8 saat. 

"Saya berjaya mencapai catatan terbaik saya tahun ini sejak kembali beraksi, jadi saya sangat gembira.

"Saya harap dapat melakukannya lebih baik lagi untuk aksi pada malam ini," kata Daniel pula. 

Advertisement

Must Watch Video