Perenang 400 meter individu rampaian negara, Jayden Tan, sah layak beraksi di Kejohanan Akuatik Dunia di Singapura 11 Julai ini.
Jayden beraksi cemerlang dengan mencatatkan 4 minit 26.44 saat memadam rekod Kejohanan Renang Terbuka Malaysia yang dicipta Sebastian Soon pada 2019.
"Saya berjaya mencapai sasaran untuk layak ke Sukan SEA dan Kejohanan Dunia.
"Selepas kejohanan ini, kami akan berehat seketika sebelum kembali bekerja lebih keras dalam latihan.
"Kami akan ke Sepanyol untuk menyertai pertandingan selain mengadakan kem di sana," katanya.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi perenang 50 meter kuak lentang wanita negara, Chong Xin Lin apabila dipintas saat akhir oleh Flairene Candrea dari Indonesia dengan perbezaan 0.44 saat.
Xin Lin mengakui konsentrasinya terjejas dan gagal menampilkan persembahan terbaik apabila hanya menamatkan saingan dengan catatan 30.07s berbanding rekod kebangsaan 29.32 saat yang dicipta pada edisi lalu.
"Saya perlu berusaha mendapatkan prestasi sebenar semula memandangkan baru sahaja selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Pada mulanya saya berasakan mampu beraksi dengan baik, tetapi (pada hakikatnya) tidak mampu," katanya pula.