Ketua jurulatih skuad renang negara, Chris Martin, mahu atlet kebangsaan tidak mengambil mudah Kejohanan Renang Terbuka Malaysia yang akan bermula Khamis ini kerana ia bakal menentukan nasib mereka dalam Sukan SEA Manila hujung tahun ini.
Kejohanan yang bakal berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil itu akan menjadi gambaran kasar buat Martin menilai barisan perenang negara bagi dipilih ke Sukan SEA Manila 2019.
Tiada kelibat pemegang rekod kebangsaan 50 dan 100 meter kuak dada wanita, Phee Jinq En, yang kini masih menuntut di Universiti Purdue, Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, Welson Sim dijangka tiba ke tanah air esok daripada program latihannya di Melbourne untuk bersaing.
Martin tidak risau dengan perkembangan Welson kerana mengetahui atlet kelahiran Sarawak itu melalui latihan yang cukup cemerlang di Melbourne dalam tempoh tiga bulan.
Malah, dia turut menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016, Mack Horton, dalam acara 400m gaya bebas dan yang terbaru, memecahkan rekod kebangsaan 100m gaya bebas miliknya dengan catatan 49.98 saat.
"Saya masih belum bertemu Welson dan bercakap dengannya tetapi dia akan kembali ke Malaysia esok dan itu sesuatu yang menarik perhatian kami," kata Martin.
Martin berharap barisan perenang negara yang lain harus menampilkan persembahan terbaik dalam Terbuka Malaysia sebagai medan untuk terpilih ke Manila hujung tahun ini.
"Terbuka Malaysia sangat penting. Kami mahu menilai kebolehan mereka dan kejohanan ini adalah platform untuk merencanakan program seterusnya," tambahnya.