Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan Lain

Renang Terbuka Malaysia: Jian Han sasar tiket Kejohanan Dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tern-jian-han.jpg
Perenang negara, Tern Jian Han, berada di landasan tepat untuk mengekori jejak Welson Sim melayakkan diri  ke Kejohanan Dunia 2019 apabila menyertai tiga acara dalam Kejohanan Renang Terbuka Malaysia di Bukit Jalil, bermula 25 April ini, dengan menjadikan 50m kuak lentang  sebagai prospek terbaiknya.

Setakat ini, hanya perenang berpangkalan di Australia, Welson, sudah melepasi kelayakan kategori B Kejohanan Dunia untuk bersaing dalam acara 100 dan 800m gaya bebas.

Jian Han paling hampir untuk mengekori jejak Welson apabila melakukan 25.60 saat dalam Sukan Komanwel Gold Coast 2018 untuk melepasi had kelayakan, namun catatan itu perlu dilakukan dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun daripada Kejohanan Dunia.

Dia berpeluang melepasi had kelayakan apabila menyertai 50, 100 dan 200m kuak lentang dalam Terbuka Malaysia 2019.

"Saya harap dapat melakukan catatan di bawah 25. 55s dan kalau dapat mengatasi rekod kebangsaan, pasti lebih baik. 

"Kami sedang giat menjalani latihan 50m kuak lentang, saya berasakan keyakinan semakin meningkat," katanya. 

Sesi latihan di Bukit Jalil hari ini turut menyaksikan kepulangan ketua jurulatih, Chris Martin, selepas kematian bapanya, minggu lalu.

Pengendali kelahiran Amerika Syarikat itu tidak menetapkan sasaran ke atas Welson dalam Terbuka Malaysia tetapi akan bersama-sama berbincang mengenai perancangannya menjelang Kejohanan Dunia.

"Dia seorang perenang ternama, ramai yang mengenalinya. 

"Saya teruja untuk berjumpa dengannya selain gembira dengan perkembangannya," kata Martin. 
 

Advertisement

Must Watch Video