Skip to main content

Sukan Asia

Renang: Prestasi Malaysia semakin merudum

paul.jpg
“Sukan renang negara semakin merudum.”

Itu reaksi jurulatih renang negara, Paul Birmingham, yang akhirnya berterus-terang mendedahkan situasi sebenar perkembangan sukan renang negara ketika ini.

Situasi sebenar yang dihadapi skuad renang negara akhirnya diluahkan Birmingham sebaik sahaja tamat saingan di Stadium Akuatik Gelora Bung Karno, semalam.

Sekadar mampu memperbaharui rekod kebangsaan menerusi tiga acara dan gagal meraih sebarang pingat di pentas Sukan Asia 2018 dilihat sebagai satu petanda buruk buat masa depan sukan itu di Malaysia.

Bagi Birmingham, dia bimbang dengan prestasi Malaysia sejak program pembangunan di peringkat akar umbi hanya dipandang sepi oleh Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).

"Dalam masa beberapa tahun, kami tidak mempunyai program pembangunan. Itu yang dihadapi oleh Malaysia. Jadi, segalanya menjadi sukar.

"Selain Program Podium yang tidak berkesan, ketiadaan usaha pembangunan yang sistematik pasti akan menyebabkan Malaysia bakal berdepan masalah besar dalam masa beberapa tahun lagi," kata Birmingham.

Birmigham turut menambah, jati diri atlet juga perlu dipandang serius skuad Malaysia dengan menjadikan contoh Welson Sim yang dilabel sekadar selesa di zon sendiri sehingga membawa padah dalam penampilannya di Indonesia.

"Catatan masa terbaik gagal diperbaharui dan jika musim depan dia masih berada di tahap yang sama, ia pasti sukar.

"Tempoh enam bulan perlu digunakan sebaiknya tetapi sukar untuk atlet-atlet menyedari situasi itu."

Advertisement

Must Watch Video