Skip to main content

Sukan Asia

Renang: Kuartet negara hampiri rekod kebangsaan

renang.jpg
Kuartet renang gaya bebas 100 meter negara hanya dipisahkan dengan satu saat untuk memecahkan rekod kebangsaan selepas melayakkan diri ke final Sukan Asia Indonesia di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno petang ini.

Kuartet renang yang dibarisi oleh Welson Sim, Keith Lim, Fong Wei Tze dan Chan Jie melakukan catatan masa 3 minit 22.89 saat bagi melayakkan diri di tempat keenam, sekali gus akan beraksi dalam final.

Welson, bagaimanapun, kekal optimis dengan kebolehan kuartet negara untuk memperbaiki rekod kebangsaan dalam acara ini.

"Saya berasakan semua perenang telah menampilkan aksi yang terbaik untuk mara ke final," kata Welson.

"Kami hanya ketinggalan satu saat daripada rekod kebangsaan dan kami yakin untuk memecahkannya petang ini."

Sementara itu, Chan Jie yang turun beraksi dalam acara 100m kuak kupu-kupu dengan sasaran untuk memecahkan rekod kebangsaan milik Daniel Bego (53.33s)  pada 2009, mendapati usahanya tidak berhasil apabila sekadar mencatatkan 54.20s dan mengakhiri saingan di tempat ke-13.

"Saya tetap berpuas hati dengan catatan tersebut kerana ketinggalan hanya 0.4 saat daripada catatan terbaik."

Advertisement

Must Watch Video