Skip to main content

Sukan Asia

Renang: Kuartet 4x100m gaya bebas lelaki perbaharui rekod kebangsaan

kuartet-4x100m-gaya-bebas-lelaki.jpg
Welson Sim mengetuai kuartet 4x100m gaya bebas lelaki negara memecah rekod kebangsaan dengan catatan 3 minit 21.06 saat untuk menghuni tangga keenam final Sukan Asia untuk rekod peribadi keduanya dalam temasya itu, malam ini.

Final 4x100m gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno sebentar tadi menampilkan bintang dunia seperti Sun Yang (China), Katsuhiro Matsumoto (Jepun) dan Joseph Schooling (Singapura).

Ia tidak menggentarkan kuartet negara yang turut dibarisi Keith Lim, Chan Jie dan Foong Wei Tze untuk memberi tentangan sengit.

Tumpuan terarah kepada Welson yang terdahulu memecah rekod 800m gaya bebas kebangsaan, kelmarin. 

Dia mempamerkan kuakan deras untuk memacu Malaysia memperbaharui rekod kebangsaan, 3:21.06s -- kelebihan 0.73 saat berbanding rekod lama yang dirakam tahun lalu.

"Kami telah mempamerkan peningkatan dalam catatan pagi ini.

"Kami renang dengan baik malam ini," kata Welson. 

Tambah rakan sepasukan Keith Lim: "Kami sememangnya mahu mengatasi rekod kebangsaan. 

"Kami gembira berpeluang berlumba dengan nama-nama besar. Ia satu peluang yang berharga."

Pencapaian ini merupakan hadiah perpisahan kepada jurulatih, Paul Birmingham, yang akan meninggalkan Malaysia selepas tamat kempen ini. 

Malah, perenang negara berpeluang mencipta lebih banyak kejayaan apabila beraksi dalam empat lagi acara esok. 

"Saya berbesar hati dapat beraksi di bawah kendaliannya. 

"Dia bukan sahaja berusaha gigih sempena temasya ini, malah semasa latihan sekalipun," kata Chan Jie. 
 

Advertisement

Must Watch Video