Perenang negara, Phee Jinq En, memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 50 meter kuak dada di peringkat saringan Sukan Asia 2018 untuk mara ke aksi final di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno, hari ini.
Jinq En melakukan catatan masa 31.46 saat -- mengatasi rekod kebangsaan miliknya, 31.56s, yang dilakukan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, tahun lalu.
Ini merupakan kali kedua skuad negara berjaya memperbaharui rekod kebangsaan selepas kuartet 4x100m gaya bebas lelaki negara yang melakar catatan terbaru 3:21.06s semalam.
Catatan masa tersebut telah melayakkan atlet kelahiran Selangor itu beraksi dalam final petang ini apabila mengakhiri saingan di tempat kelima secara keseluruhan.
"Saya sangat gembira dengan rekod baru ini. Saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam aksi final petang nanti," kata Jinq En.
Sementara itu, acara 50m kuak kupu-kupu lelaki menyaksikan Chan Jie melakukan catatan masa 24.967s untuk menghuni tangga ke-21.
Dalam acara 100m gaya bebas, Welson Sim mencatatkan 50.34s untuk mengakhiri saingan di tangga ke-14 manakala Keith Lim Kit Sern melakukan catatan 50.73s untuk berada di tangga ke-20 daripada 47 atlet yang bersaing.