Skip to main content

Sukan Asia

Renang: Jinq En intai rekod kebangsaan

phee-jinq-en.jpg
Perenang negara, Phee Jinq En, memburu rekod kebangsaan acara 100 meter kuak dada wanita miliknya dalam Sukan Asia Indonesia selepas menguji Pusat Akuatik Gelora Bung Karno menjelang hari pertama acara itu, Ahad ini.

Selain Welson Sim dan Tern Jian Han, prestasi  Jinq En turut mencuri perhatian apabila dia yang sedang menuntut di Amerika Syarikat sanggup mengambil cuti selama tiga bulan untuk datang ke Jakarta. 

Jinq En merupakan pemegang rekod kebangsaan 100m kuak dada wanita dengan catatan 1 minit 08.65 saat yang dilakarnya dua tahun lalu. 

Sehubungan itu, sekiranya dia memecah rekod kebangsaan dan mara ke final, tidak mustahil dia mampu menaiki podium.

"Saya tidak mahu berjanji. 

"Namun, saya mempunyai keyakinan untuk menghampiri rekod atau mengatasi rekod itu," katanya sebentar tadi. 
 

Advertisement

Must Watch Video