Hasrat perenang negara, Tern Jian Han, untuk mengatasi rekod kebangsaan miliknya dalam acara 50 meter kuak lentang lelaki dalam saingan Sukan Asia tidak kesampaian setelah sekadar menduduki tangga ke-20 keseluruhan ketika saringan, hari ini.
Jian Han menjadi wakil tunggal negara yang beraksi pada hari kedua saingan renang selepas kejayaan Welson Sim serta Phee Jinq En mara ke final semalam.
Kekecewaan gagal ke menempatkan diri ke final 100m kuak lentang memberikan lebih motivasi buat Jian Han untuk memberi saingan kepada saingan 50m pula.
Ditempatkan dalam saringan ketiga, Jian Han dilihat mempunyai peluang cerah untuk ke final kerana catatan perenang dalam dua saringan terdahulu tidak begitu pantas.
Namun, permulaan perlahan nyata memberi kesan terhadap momentumnya, sekali gus menamatkan saringan itu di tangga keenam dengan catatan 26.88 saat, jauh daripada catatan rekod kebangsaan 25.60s miliknya.
Ia sekali gus menyaksikan dia terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ke-20 keseluruhan sambil saringan itu diungguli perenang tuan rumah, I Gede Siman Sudartawa.
"Ia agak teruk. Saya telah cuba yang terbaik.
"Tiada apa yang mampu saya lakukan kerana segalanya telah saya usahakan," kata Jian Han.