"Nur Dhabitah Sabri dan Cheong Jun Hoong sama hebat."
Itu reaksi pemangku Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, apabila Pandelela Rinong mengundurkan diri daripada saingan Kejohanan Terjun Piala Dunia, di Jepun bulan depan yang menawarkan slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Sebelum ini, Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) terpaksa melupakan saingan kompetitif tiga penjuru acara 10 meter platform individu di antara Jun Hoong, Dhabitah dan Pandelela.
"MSN berasakan tindakan ASUM dan kerelaan Pandelela memberi peluang kepada rakan sepasukan, Jun Hoong dan Dhabitah untuk mencuba nasib dalam Piala Dunia bulan depan adalah sesuatu yang baik.
"Ketika ini, kami sudah pun mempunyai wakil dalam Sukan Olimpik menerusi Pandelela bagi slot individu.
"Mereka perlu menunjukkan prestasi terbaik. Persaingan sihat ini bagus untuk negara kerana hanya atlet yang terpilih sahaja yang akan beraksi dalam Piala Dunia.
"Setakat ini, kami tidak mempunyai penerjun yang berkebolehan dan memiliki prestasi seperti mereka bertiga.
"Peluang untuk atlet-atlet lain untuk bersaing dengan mereka bertiga agak tipis," katanya kepada wakil Nadi Arena, Nurul Syakirah Zulkifly, di Bukit Jalil hari ini.