Skip to main content

Permotoran

Razlan: Khairul Idham makin stabil

kip.jpg

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali, mengesahkan keadaan pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi, semakin stabil daripada kecederaan dan bakal memulakan sesi fisioterapi dalam masa terdekat.

Khairul Idham mengalami retak tulang jari kelingking kanan ketika beraksi dalam sesi latihan di Litar Jerez awal bulan lalu.

Bagaimanapun, Razlan menyatakan pelumba kelahiran Perak itu hanya akan terlepas tiga perlumbaan dan bakal beraksi semula di Litar Barcelona-Catalunya, Sepanyol bulan depan.

SIC memberi kepercayaan kepada pelumba dari Itali, Mattia Passini, yang akan menggantikan Khairul Idham dalam perlumbaan di Perancis dan Itali.

"Khairul akan kembali ke Malaysia untuk sambutan Aidilfitri. Dia akan kekal di Sepanyol untuk proses latihan dan rawatan," kata Razlan.

"Passini merupakan seorang pelumba yang kami pantau untuk diletakkan dalam pasukan kedua kami. Kehadirannya mampu memberikan saingan kepada Khairul."

Sementara itu, Razlan turut menjelaskan Khairul Idham akan meneruskan rawatan serta latihannya di Sepanyol dan hanya akan pulang ke Malaysia untuk sambutan Aidilfitri. 

"Keadaan Khairul semakin stabil selepas mendapat maklum balas positif dan bakal memula proses pemulihan."

Advertisement

Must Watch Video