Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Nik Razeen Adam Daud, membuktikan kemudahan sukan dalam negara mampu menjana hasil lumayan apabila badan itu mencatat keuntungan RM11 juta tahun lalu.
Langkah penjimatan PSM tampak berjaya membuahkan hasil susulan kejayaan mencatat keuntungan terbesar dalam sejarah, sekali gus membuktikan kemudahan sukan di Malaysia dapat memenuhi keperluan pelanggan.
Antara penyumbang utama ialah Arena Axiata yang ditempah hampir setiap hujung minggu tahun lalu.
"Kami meraih lebihan acara. Kedua, staf kami lebih efisien serta mengawal kos. Saya tidak akan ambil tugasan ini jika tidak percaya ia boleh beri keuntungan. Saya dapat lihat di mana dana dapat dijana," katanya.
PSM pernah mencatat keuntungan RM2 juta pada 2018 dan ketika ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mencari calon CEO baru badan itu sebelum Jumaat ini.
Editor: Nafis Abdullah