Peluang jaguh lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail, untuk menyertai Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia di Birmingham, England, Mac depan, bergantung kepada pencapaian tiga atlet kebangsaan yang diketuai atlet 110 meter berpagar, Rayzam Shah Wan Sofian, yang memburu had kelayakan secara merit.
Rayzam Shah akan mengetuai cabaran Malaysia dalam Kejohanan Dalam Dewan Asia di Tehran, Iran dari 1 hingga 3 Februari depan.
Dia akan beraksi menerusi acara 60m berpagar dengan misi melepasi had kelayakan 7.70 saat untuk ke Birmingham sementara dua lagi atlet iaitu ratu pecut, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Nixon Kennedy, masing-masing akan menyertai acara 60m pecut.
"Saya amat berterima kasih kepada KOM (Kesatuan Olahraga Malaysia) kerana memberi peluang kepada saya beraksi di Tehran bulan depan.
"Saya akan melakukan yang terbaik untuk melayakkan diri ke Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia pada Mac nanti," katanya.
Dua minggu lalu, KOM mengumumkan Hakimi akan ke Birmingham atas tiket 'wild card' selepas jurulatih pecut, Mohd Poad Md Kassim, mendakwa anak buahnya belum bersedia untuk mencabar.
Bagaimanapun, tiket 'wild card' itu akan ditarik semula jika salah seorang atlet negara melepasi had kelayakan secara merit.
"Setiap jurulatih ada perancangan daripada segi latihan untuk atlet-atlet mereka mengambil bahagian dalam kejohanan tertentu.
"Dalam perbincangan (sebelum ini), memang Hakimi tidak dicadang untuk pergi ke Tehran, sebaliknya memberi fokus mempersiapkan diri bagi kejohanan di Birmingham," kata ketua jurulatih olahraga negara, Zainal Abas.