Juara WWE, Randy Orton menjadi topik hangat di Twitter beberapa hari lalu kerana secara sarkastik menyindir penggusti di sirkit bebas.
Semuanya bermula apabila beliau menaikkan kembali tweet Rip Rogers, jurulatih utama di Ohio Valley Wrestling yang mengkritik keras corak perlawanan para penggusti sirkit bebas hari ini yang lebih mengutamakan gerakan terjun (dive) dan aksi berputar di udara (flips) berbanding gerakan lain.
Setelah menerima bidasan daripada peminat gusti sirkit bebas, Orton secara sinis memohon maaf sambil melampirkan nota berbunyi:
Orton juga sempat memuatnaik satu imej GIF jenaka yang penuh sindiran, dengan memaparkan aksi seorang lelaki yang gagal melakukan terjun tiruk.
Beberapa penggusti indie terkenal antarabangsa telah memberi respon terhadap tweet ini. Ada yang tidak bersetuju dan ada juga yang membantah.
@RandyOrton Maaf diterima! — The Young Bucks (@MattJackson13)
@MattJackson13 @RandyOrton Saya tak akan maafkan selagi beliau tidak beli tshirt saya! — William Ospreay (@WillOspreay)
@RandyOrton Cas telefon anda, kawan! :) — Brian Heffron (@BlueMeanieBWO)
Malangnya, anda dilindungi di WWE. Keluarlah ke dunia sebenar dan uji kehebatan anda dengan orang dewasa — LOW-KI ????? ?????? (@OneWorldWarrior)
Kawan-kawan, bukan semua orang suka dengan setiap gaya dalam gusti. Sama juga dalam setiap sukan lain, muzik, filem dan sebarang bentuk hiburan. Saya tak tahu anda semua bagaimana, namun saya sentiasa merasakan Randy hebat. Masih hebat! — King Ricochet (@KingRicochet)
Akan ada individu yang sentiasa cuba melahirkan rasa tidak senang mereka kepada anda. Kegembiraan adalah tidak ternilai. #motivasiIsninataumerepek — Coach (@CMPunk)
Bintang WWE, Goldust dan bekas sekutunya dalam pakatan Evolution, Dave Batista turut membalas tweet tersebut bagi menambah rencah dan nasi tambah dalam babak pertikaman tweet tersebut.
Kritikan Randy terhadap gerakan terjunan dive ini juga mungkin ditujukan kepada bekas Juara Regu WWE, Bully Ray yang sebelum itu telah memuat naik gambar melakukan gerakan tersebut ketika acara Ring Of Honor baru-baru ini.
Kedua mereka lantas berbalas tweet setelah Orton menulis sindiran terhadap Bully Ray. Mujur yang Bully sebagai ‘abang’ tidak memanjangkan isu tersebut dengan enggan membalas provokasi daripada Orton.
“Saya tak pernah sukakannya. Beliau adalah individu yang mementingkan diri sendiri. Pernah dalam satu perlawanan, kaki saya patah kerananya. Bubba Dudley adalah penggusti yang langsung tiada bentuk, gemuk dan tidak beretika yang pernah saya temui. Anda akan rasa nak mencarut saja setiap kali berdepan dengannya."
Sebagai orang lama dalam industri, Bubba nyata telah matang dan melatah dalam isu ini. Ketika ditemubual Busted Open Radio baru-baru ini, beliau dilihat tidak menyimpan sebarang dendam terhadap Randy dan menganggap ia hanyalah sekadar salah faham.
"Saya dan Randy punya sejarah panjang antara kami. Orang ramai mungkin tahu atau tidak tentang kisah ini. Jadi biarlah saya pendekkan cerita.
Pada 15 tahun lalu dalam satu perlawanan di acara live event, saya dan D Von telah menentang Randy dan Batista. Ia adalah perlawanan yang tak berapa menjadi malam itu. Umpama mendapat patukan ular. Saya menderita sakit belakang, Randy cedera di kaki dan bahu, Dave (Batista) pula cedera di bahagian ototnya. Mereka seperti menyimpan dendam untuk satu tempoh yang lama susulan insiden tersebut. Dan 10 tahun kemudian, saya kembali ke WWE.
Saya dan Randy bertemu satu sama lain dan dengan spontan, kami berbalas salam, berpelukan, duduk berbincang tentang insiden itu. Dalam masa lima minit, kami memohon maaf sesama sendiri.
Ujar Randy, ‘Bubba, saya minta maaf. Saya masih muda dan belum matang waktu itu. Saya tak patut cakap perkara yang buruk tentang kamu.’ Saya balas dengan mengatakan saya juga minta maaf jika saya juga pernah menjerkah dirinya. Kami buang yang keruh dan ambil yang jernih.
Kami gembira kerana dapat lupakan segala yang buruk tentang kami di masa lalu. Jadi saya sendiri tidak faham mengapa tiba-tiba beliau menyerang saya di Twitter sebegitu."
Ketika ditanya adalah semua ini berpunca kerana Orton cemburu dengan kebangkitan gusti sirkit bebas yang semakin mendapat tempat di hati peminat waktu ini selain WWE, Ray menjawab:
"Saya tak pasti sama ada cemburu adalah perkataan yang sesuai. Apa yang saya tahu, saya berpengalaman bergusti dalam pelbagai persekitaran. Saya pernah bergusti di hadapan tujuh orang penonton, dan beraksi di hadapan lebih 100,000 orang di acara Wrestlemania. Tokyo Dome, Madison Square Garden, ECW, TNA, Hustle, Jepun, namakan saja. Saya telah berhadapan dengan pelbagai corak perlawanan dan saya hargai semuanya. Saya faham elemen psikologi dalam gusti profesional.
Ada orang yang suka kepada gusti hiburan dan ada juga sebaliknya. Itulah yang berlaku kepada dunia gusti hari ini. Saya sendiri tak faham mengapa ada yang mempertikaikan tentang gerakan 10 dive dan 20 tendangan kuat superkick yang ditonjolkan bintang indie hari ini. Padahal separuh daripada bintang WWE hari ini bermula dengan gerakan-gerakan tersebut.”
Berbicara tentang mana yang lebih hebat di antara gusti WWE dengan sirkit bebas memang tidak pernah akan habis. Walaupun WWE adalah sebuah entiti terbesar gusti profesional, namun adalah tidak adil untuk kita menidakkan kehebatan penggusti di sirkit bebas.
Atas populariti sirkit bebas seperti Ring Of Honor dan lain-lain lah, WWE dengan ilham Triple H melahirkan jenama NXT yang mempamerkan imej ala indie bagi memikat hati para peminat indie. Di jenama seperti ROH jugalah yang selama ini telah melahirkan bintang-bintang hebat WWE seperti Daniel Bryan, Seth Rollins, Samoa Joe, CM Punk dan ramai lagi.
Begitu juga sebaliknya. Para peminat dan penggiat indie juga tidak wajar melabelkan peminat WWE sebagai tipikal dan merasakan diri mereka cool kerana hanya menonton indie dan bukan WWE. Masing-masing punya citarasa sendiri dan minat masing-masing pasti berbeza.
Apa yang penting, kita terus menyokong produk yang diminati dan dalam masa yang sama menghormati serta meraikan minat orang lain. Perkara yang perlu ditekankan bukan sahaja dalam katagori gusti, malah dalam setiap ruang lingkup kehidupan.
Kita ingin orang lain hormati minat kita, maka kita perlulah lakukan perkara yang sama. Benda mudah. Takkan itu pun nak kena ajar, kan?
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro & Astro On-the-Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 19,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.

I really need to issue an apology.... pic.twitter.com/N8NqRZu9Es
— Randy Orton (@RandyOrton) May 14, 2017

Me watching @RandyOrton 's twitter feed pic.twitter.com/PAaxYLLbHd
— Dustin Rhodes (@Goldust) May 15, 2017
?That's my guy!!! #Evolution https://t.co/MR029w2DaM
— Dave Bautista (@DaveBautista) May 15, 2017
Kritikan Randy terhadap gerakan terjunan dive ini juga mungkin ditujukan kepada bekas Juara Regu WWE, Bully Ray yang sebelum itu telah memuat naik gambar melakukan gerakan tersebut ketika acara Ring Of Honor baru-baru ini.
Dive...? pic.twitter.com/kr4q9iWFWq
— Bubba Ray Dudley (@bullyray5150) May 13, 2017
Kedua mereka lantas berbalas tweet setelah Orton menulis sindiran terhadap Bully Ray. Mujur yang Bully sebagai ‘abang’ tidak memanjangkan isu tersebut dengan enggan membalas provokasi daripada Orton.
Lol there is a difference between a young hungry talent diving and an old outta shape 'vet' .......falling https://t.co/RE81C5sm3z
— Randy Orton (@RandyOrton) May 14, 2017
Hubungan dingin antara Orton dan Bully Ray sememangnya telah diketahui umum. Dalam satu temubual bersama The Sun pada tahun 2008, Orton tanpa berselindung telah menyatakan rasa tidak sukanya kepada bekas Juara Heavyweight TNA itu.Dear @RandyOrton ... my tweet had ZERO to do with you. Looks like you were wrong...again. You're still awesome ?
— Bubba Ray Dudley (@bullyray5150) May 14, 2017
Falling > House of Horrors https://t.co/IMG4O59wYo