SSBJ Thunderbolt terus melakar kemenangan apabila menjadikan SMKDBL Johor Juniors mangsa terbaru dengan kemenangan 4-1 dalam aksi Liga Hoki Remaja Kebangsaan di Stadium Hoki Kuala Lumpur, semalam.
"Alhamdulillah, tiga gol yang dijaringkan saya adalah daripada bantuan rakan sepasukan.
"Saya melaksanakan sentuhan saya sebaik mungkin apabila rakan sepasukan mencipta peluang-peluang itu untuk membolehkan kami meraih tiga mata," kata kapten pasukan SSBJ Thunderbolt, Ramdan Ariffin.
Turun sebagai pasukan pilihan, SSBJ Thunderbolt dikejutkan oleh pelawat apabila Muhammad Adib Azim meledak gol pembukaan menerusi pukulan sudut penalti untuk meletakkan SMKDBL Johor Juniors mendahului 1-0.
Ramdan kembali menyamakan kedudukan selepas menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-29.
Bersambung aksi pada babak seterusnya, giliran Tengku Arif Haikal pula mencatat nama sebagai penjaring, juga menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-46.
Ramdan terus cemerlang memainkan peranan sebagai pakar pukulan sudut penalti skuad SSBJ Thunderbolt apabila meledak dua gol berturut-turut, masing-masing pada minit ke-48 dan 51 bagi memuktamadkan kemenangan 4-1 ke atas SMKDBL Johor Juniors.
Kemenangan itu juga memastikan anak buah Lokman Yahya terus menghimpit pendahulu, MBPJ Tigers, yang kini berada di puncak liga dengan perbezaan hanya tiga mata.
"Kami berjaya mengikut percaturan awal, namun dalam suku terakhir, pemain-pemain mula membuat kesilapan mudah.
"Itu yang menjadi punca kami gagal mengekang pihak lawan," ujar jurulatih SMKDBL Johor Juniors, Mohd Nor Affazly Abdul Ghaffar.