Skip to main content

Sukan Lain

Ramadan bukan alasan ubah latihan -- Khairul

khairul-anuar.jpg
Tiada perubahan latihan sepanjang bulan Ramadan buat pemanah recurve negara, Khairul Anuar Mohamad, memandangkan jadual padat menyertai kejohanan luar negara ketika ini sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA, Ogos depan.

Khairul bakal membawa cabaran negara dalam saingan Piala Dunia di Turki bermula 6 Jun depan bersama-sama Haziq Kamaruddin dan Muhammad Akmal Nor Hasrin sebelum terbang ke Amerika Syarikat bagi kejohanan sama dari 20 hingga 25 Jun.

Tidak akan menjadi kekangan buat atlet ini daripada segi latihan sepanjang bulan Ramadan apabila lebih banyak menghabiskan masa di luar negara.

Persediaan mental dan fizikal amat penting buat pemanah negara untuk mengharungi siri Piala Dunia dalam memastikan prestasi konsisten sehingga Ogos depan.

"Untuk bulan puasa ini, saya hanya akan berada di tanah air selama seminggu. Mungkin kami akan menjalani latihan seperti biasa sahaja. 

"Untuk tahun ini, mungkin tiada perubahan kerana dalam bulan puasa kami sibuk bertanding," jelas Khairul.

Memandangkan tiada sasaran tinggi yang diletakkan kepada skuad recurve dalam Sukan SEA, Khairul ingin membuktikan pingat emas mampu hadir dalam kalangan mereka jika dapat memanfaatkan sebaik-baiknyanya saingan kompetitif di luar negara.

"Bukan kami sahaja atlet berpengalaman daripada Sukan Olimpik yang akan beraksi dalam Sukan SEA. Thailand, Singapura dan Indonesia juga memiliki pengalaman di pentas Olimpik," tambahnya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video