Kejohanan Ragbi Asia Divisyen 1 yang sedang berlangsung di Ipoh dilihat mampu menjadi platform memperkenalkan Perak sebagai salah satu destinasi pelancongan di rantau ini.
Kenyataan ini disuarakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, dalam ucapannya sempena Majlis Makan Malam Kejohanan Ragbi Asia di Ipoh, malam tadi.
"Perak bertuah dipilih menjadi lokasi kejohanan sejajar dengan tahun melawat negeri ini.
"Diharapkan ini akan menjadi platform orang luar di sana untuk datang ke sini," ujarnya.
Sebelum itu, pengurus pengadil Ragbi Asia, Alan Whitcombe, merakamkan penghargaan kepada Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) kerana berjaya mengelolakan kejohanan berprestij ini.
"Menjadi tuan rumah dan menganjurkan kejohanan besar begini tidak mudah tanpa usaha dan kerjasama daripada pelbagai pihak," katanya.
Empat negara bertanding dalam kejohanan ini -- Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sri Lanka, Filipina dan tuan rumah, Malaysia.