Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi ARC - Malaysia 15's yakin di Ipoh

ragbi.jpg
Pasukan negara akan turun dalam misi mempertahankan kejuaraan dalam Kejohanan Ragbi Asia (ARC) Divisyen 1 dengan aksi pertama bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Ipoh esok.

Mengulas cabaran negara dalam kejohanan ini, pengurus pasukan, Raimi Yussof, tetap optimistik dengan kemampuan anak buahnya. 

"Pasukan kali ini lebih baik.  Namun begitu, dalam permainan ragbi, semuanya diambil kira. Jika buat kesilapan, kita mudah untuk tewas.

"Paling utama, kami kena gunakan kesempatan sebagai tuan rumah.  Sokongan peminat, formula mental pemain", ujar Raimi. 

Sementara itu, ketua jurulatih, Lee Nyuk Fah, pula berharap persediaan rapi sebelum ini mampu memberi sesuatu kepada sukan ragbi negara.

"Semasa aksi persahabatan di Australia bulan lalu, kami gunakan kaedah seakan-akan sama seperti di kejohanan ini.  Saya harap ini akan banyak membantu," katanya.

Pasukan negara diperkuatkan dengan kehadiran dua pemain profesional, K. Dineswaran dan Wong Wye Wye, selain lima pemain dari Fiji dan seorang dari Samoa.

Selain UAE, Malaysia akan bertemu Filipina dan Sri Lanka pada 17 dan 20 Mei nanti.

Advertisement

Must Watch Video