Skip to main content

Sukan Asia

Ragbi 7s: Skuad kita buru kedudukan terbaik

ragbi-7s.jpg
Tumpuan Sukan Asia Jakarta-Palembang hari ini turut terarah kepada skuad ragbi negara yang bakal membuat perhitungan dengan Thailand dalam aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan.

Dalam aksi hari terakhir ragbi 7s di Stadium Ragbi Geloro Bung Karno, pemenang pertemuan ini akan beraksi dalam penentuan tempat kelima dan keenam dengan halangan Taiwan atau China pula dijangka menanti. 

Selepas impian ke separuh akhir disekat Korea Selatan 5-40 dalam aksi suku akhir semalam, anak buah Saizul Hafifi Md Noor itu mengintai untuk menamatkan cabaran di ranking teratas. 

Rekod pertemuan dengan Thailand memihak kepada skuad negara dan mereka dijangka akan meneruskan kemaraan ke pusingan berikutnya. 

Dalam aksi peringkat kumpulan sebelum ini, Malaysia menumpaskan Taiwan 17-10.

Justeru, ia meningkatkan peluang skuad negara untuk menepati sasaran mereka. 

Advertisement

Must Watch Video