Kapten ragbi tujuh sepasukan (7s) wanita, Normasyirah Zahari, mahu mencipta sejarah memenangi pingat buat kali pertama dalam kempen Sukan SEA, sekali gus menjadi hadiah persaraan paling bermakna buat dirinya.
Sudah berusia 36 tahun, Normasyirah berasakan tidak mungkin lagi dia akan bermain pada edisi Sukan SEA akan datang.
Selepas sekadar meraih tempat keempat pada edisi 2015 di Singapura, dia berharap mampu menjadi kapten pertama menghadirkan pingat sulung kepada negara.
"Selepas ini saya akan fokus kepada penampilan bersama kelab dan kejurulatihan," katanya.
Menurut Normasyirah, walaupun skuad ini dilihat masih mentah berikutan ramai muka baru, itu tidak akan menjadi penghalang mereka untuk melakukan kejutan.
"Kalau mempunyai semangat, apa sahaja boleh dilakukan tidak mengira sama ada pemain lama atau baru. Setakat ini, banyak ilmu dan pengalaman telah diberikan kepada pasukan."
Ragbi akan membuka kempen Sukan SEA, Sabtu ini, di mana Malaysia akan berdepan Kemboja sementara pasukan wanita pula menentang Filipina pada jam 11.50 pagi.